Saturday, 19 November 2016

Bab 3 Perlembagaan Persekutuan Dan Hubungan Etnik

     Dalam bab 3 menceritakan tentang perlembagaan Di Malaysia. Perlembagaan merupakan satu set peraturan tentang hak, kuasa & prosedur. Perlembagaan ini menjadi satu sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Di Malaysia sahaja mengamalkan perlembagaan bertulis yang dimana badan perundangan Dan kehakiman mendapat kuasa daripada perlembagaan.

      Penggubalan perlembagaan Di Malaysia melalui pelbagai fasa. Bermulanya dengan penubuhan Malayan Union yang tidak mendapat sokongan orang melayu, maka ianya berubah selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam perlembagaan Di Malaysia banyak menekankan hak-hak istimewa orang melayu dan bumiputera serta hak keistimewaan orang Islam bagi menjamin kedudukannya Di Malaysia.

     Perlembagaan Di Malaysia juga mempunyai persamaan dengan Piagam Madinah. Antaranya adalah kebebasan beragama, jaminan hak asasi kemanusiaan ketaatan kepada pemimpin dan hak mendapat perlindungan daripada kezaliman.

No comments:

Post a Comment