Pluraliti sebelum kerajaan Melayu Melaka berlaku secara semula jadi tanpa paksaan iaitu unsur budaya atau pun adat yang dibawa dari luar. Ia berlaku kerana Melaka mempunyai pelabuhan perkapalan. Dari situ bermulanya pusat penyebaran ilmu pengetahuan & sebagai pusat penyebaran agama Islam. Melaka juga menjadi salah satu faktor pusat Pluraliti masyarakat kerana sultan Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang cekap membuatkan ramai pedagang datang ke Melaka. Selain itu, raja Melaka berkahwin dengan masyarakat pendatang menyebabkan berlakunya Pluraliti budaya secara asimilasi Di Melaka.
Manakala Pluralistik dikatakan berlaku ketika zaman penjajah Di tanah Melayu. Mereka membawa bersama ideologi mereka yang prejudis. Mereka mengubah corak pentadbiran tanah Melayu kepada sekularisme iaitu memisahkan antara urusan agama daripada urusan pentadbiran, ekonomi, pendidikan & undang-undang.
No comments:
Post a Comment