Friday, 4 November 2016

Bab 1 Kesepaduan Dalam Kepelbagaian Di Malaysia

      Dalam bab ini ada menceritakan hidup dalam kalangan bermasyarakat. Di Malaysia saja mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama. Oleh itu, perpaduan dalam kalangan masyarakat plural perlulah saling hidup bersama-sama dan bertolak ansur.

      Konsep masyarakat perlu difahami bagi meneruskan kelangsungan hidup dan memupuk semangat kerjasama antara masyarakat. Ciri masyarakat adalah hidup secara berkelompok Dan perlu berinteraksi antara satu sama lain.
Masyarakat dalam Islam disebut ummah yang dimana masyarakat yang mengambil seluruh ajaran Islam sebagai cara hidup dan sebagai pegangan serta rujukan dalam hubungan individu dengan masyarakat.

      Beralih pula pada pembahagian budaya yang dimana dibahagi kepada dua jenis iaitu budaya material (kebendaan) yang bersifat seperti makanan, peralatan, pakaian untuk sesebuah etnik. Manakala yang kedua adalah budaya non-material (bukan kebendaan) seperti adat, tarian kepercayaan sesebuah etnik.

     Konsep bangsa, ras dan etnik pula merujuk kepada sesebuah kaum yang dimana bangsa merujuk kepada suatu kelompok manusia manakala ras pula merujuk kepada rupa paras atau fizikal yang ada pada sesebuah etnik. Manakala etnik pula merujuk kepada kelompok manusia yang berkait kepada sebuah warisan.

     Dalam kalangan masyarakat tidak boleh ada sifat seperti prejudis, stereotaip dan diskriminasi yang dimana memberi pandangan dan pemikiran negatif mengenai kelompok etnik yg lain.

No comments:

Post a Comment