Dalam bab ini banyak menceritakan tentang ekonomi pada masa dahulu. Negara Malaysia ini banyak bahan mentah seperti bijih timah, getah, kelapa sawit, rempah, lada hitam & sebagainya. Ini menyebabkan Tanah Melayu pada sebelum kemerdekaan menjadi rebutan Negara barat. Dari situ banyaknya tenaga buruh diimport ke Tanah Melayu untuk bekerja seperti dari Negara China dan India. Kegiatan ekonomi pada masa itu banyak tertumpu di pantai barat menyebabkan ekonomi tradisional terpinggir.
Selepas kemerdekaan, ekonomi di Tanah Melayu mula berubah setelah Draf Rancangan Pembangunan dibuat dan banyak Rancangan Pembangunan dilakukan sehingga sekarang. Dasar-Dasar Awam Kerajaan, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Penswastaan dan Dasar Automobil Nasional antara rancangan yang membantu perkembangan ekonomi di Malaysia.
Manakala Konsep ekonomi dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Konsep cipta& hak milik. Dan yang kedua ialah Konsep tauhid, rububiyah & tazkiyah.
Hak milik dalam ekonomi Islam tidak mutlak, namun ia terikat dengan hukum syarak demi kepentingan sejagat & mencegah kerosakan dimana manusia sebagai khalifah Allah. Hak milik harta dalam Islam pula terbahagi kepada dua iaitu hak milik khusus & hak milik umum.
Hak milik khusus adalah hak milik perseorangan. Manakala hak milik umum ialah hak milik negara yang dimana ditadbir oleh pemerintah.