CTU 555
SEJARAH MALAYSIA
LAPORAN PROJEK :
MEMUPUK KERJASAMA ANTARA AGAMA DAN KAUM
MUHAMMAD
HARIZ BIN AHMAD AZHAR // 2015149961
UMAR ZUHDI
BIN JAMBARI // 2016675364
MOHAMMAD
AKMAL ALIF BIN MOHD NOR // 2015155359
MUHAMMAD FAEZ
RIDHUAN BIN AHMAD ROSDI // 2015688408
LECTURER’S
NAME : Ustz. MAHFUZAH BINTI MOHAMMED ZABIDI
1.
Pendahuluan
Perpaduan
ialah satu proses yang menyatu padukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan
mereka. Terdapat pelbagai kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta
terdapat juga pelbagai etnik seperti Iban, Kadazan, dan lain-lain. Di Malaysia
juga terdapat pelbagai agama iaitu Islam, Buddha, Hindu dan lain-lain.
Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan
dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dilaksanakan untuk mencapai
proses perpaduan antaranya dasar 1 Malaysia, dasar Rukun Negara dan lain-lain.
Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak
mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama antara agama dan kaum di
perlukan untuk menjana kemajuan.
2.
Cabaran
yang dihadapi.
Antara
cabaran yang dihadapi di negara kita ialah kewujudan pelbagai aliran sekolah.
Melalui
pelbagai aliran seklah yang telah diwujudkan, kaum-kaum seperti Melayu, India, dan
Cina terpisah mengikut aliran sekolah masing-masing. Ini akan mengakibatkan
perpecahan perpaduan antara kaum yang berada di Malaysia. Selain itu, cabaran
yang dihadapi ialah terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kaum
sendiri. Berdasarkan parti politik yang berbeza, setiap kaum hanya tertumpu
kepada pemimpin dalam parti politik mereka masing-masing. Hal ini, telah
menampakkan ketiadaan perpaduan yang wujud dalam kalangan masyarakt yang berada
di Malaysia.
Seterusnya cabaran yang dihadapi dalam
Malaysia ialah kesan daripada penjajahan British. Dasar pecah dan perintah yang
diperkenalkan oleh pihak British telah menyebabkan kaum-kaum di Malaysia telah
diasingkan. Hal ini telah menyebabkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
semakin berkurang. Disamping itu sikap individualistik dalam masyarakat juga
menjadi cabaran utama yang telah dihadapi di negara ini. Sebilangan daripada
kaum ada yang mementingkan diri sendiri serta tidak mahu bertoleransi dan
berasimiliasi dengan kaum dan agama yang lain untuk menyatupadukan perpaduan
kaum dan agama di Malaysia.
Selain itu, penyalahgunaan media sosial
juga menyebabkan timbulanya isu sensitiviti antara kaum.ini berpunca daripada
kutuk-mengutuk antara agama dan kaum di dalam media sosial yang menyebabkan
tercetusnya perbalahan antara kaum. Hal ini, telah membuat setiap kaum hilang
kepercayaan terhadap kaum yang lain untuk mengeratkan perpaduan antara kaum.
3.
Faktor
atau punca masalah perpaduan
Antara
punca berlakunya masalah perpaduan kaum-kaum dan agama ialah dasar pecah dan
perintah British. Hal ini dapat dilihat sebelum merdeka lagi kerana zaman itu
Malaysia telah melalui keadaan ini yang telah membuatkan British telah bertapak
sebagai kuasa penjajah. Dasar ini mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai
kaum dan etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan British selama 170 tahun.
Selain itu, faktor yang menjadi masalah
kepada perpaduan adalah sistem pendidikan zaman British. Hal ini dapat dilihat
apabila British telah cuba membahagikan setiap kaum mengikut sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda setiap kaum masing-masing. Melalui sistem pendidikan
ini jelas dapat dilihat tiada perpaduan kaum yang wujud pada zaman pemerintahan
British.
Seterusnya, penubuhan parti politik juga
menjadi faktor utama berlakunya masalah perpaduan kaum dan agama. Hal ini dapat
dilihat apabila wujudnya pelbagai parti politik yang berasaskan kaum telah
membuatkan perpaduan diantara kaum hilang sedikit demi sedikit. Disamping itu,
isu perkauman antara kaum juga telah menjadi masalah untuk memupuk perpaduan
diantara kaum. Sebagai contoh, sesetengah kaum hanya mementingkan bahasa,
budaya, pendidikan dan agama mereka sendiri daripada mempelajari sesuatu yang
baharu daripada kaum yang lain.
4.
Langkah
mengekalkan perpaduan
Antara
langkah yang telah dilakukan untuk mengekalkan perpaduan antara kaum dan agama
ialah kerajaan telah melaksanakan kempen-kempen yang berteraskan integrasi
untuk memupuk perpaduan kaum. Sebagai contoh, kerajaan telah mengadakan konsep
1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, iaitu
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 2 April 2009. Gagasan ini merupakan satu
idea untuk menyatupadukan bangsa tanpa mengira kepelbagaian kaum, agama dan
kebudayaan.
Selain itu, program gotong-royong bersama
juga perlu dilaksanakan bagi memupuk semangat perpaduan antara kaum. Hal ini
dapat mengukuhkan lagi, semangat perpaduan diantara kaum apabila mereka
bekerjasama dalam bergotong-royong. Ini juga dapat mengertakan lagi hubungan
diantara kaum bila melakukan kerjasama dalam bergotong-royong.
Seterusnya, mengadakan rumah terbuka juga dapat mengeratkan hubungan
perpaduan diantara kaum. Dengan adanya rumah terbuka, kaum-kaum lain dijemput
hadir bersama bagi meraikan rumah terbuka uang telah diadakan. Bukan sahaja
rumah terbuka yang perlu diadakan, tetapi sambutan perayaan juga diperlukan
untuk menjemput kaum-kaum dan agama yang lain bagi meraikan perayaan kaum itu
sendiri. Dengan ini setiap kaum yang hadir ke sambutan perayaan dapat mengenali
perayaan, budaya, agama dan adat istiadat yang diamalkan didalam kaum itu
sendiri.
Disamping itu, sebagai seorang rakyat,
kita seharusnya mengelakkan diri kita daripada berperangsangka yang tidak baik
kepada bangsa lain. Kita perlulah mempunyai sikap yang sentiasa berfikiran
terbuka dan tidak membezakan diri kita dengan kaum lain.Kita juga tidak patut
mengajar anak-anak kita bersikap perkauman dan diskriminasi dengan kawan-kawan
mereka. Kita seharusnya melentur
kanak-kanak dengan sifat yang baik kerana merekalah yang bakal memimpin
Negara ini pada masa hadapan.
5.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana
pemupukan hubungan kaum dan agama adalah amat penting bagi negara kita serta
menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Hubungan kaum yang harmoni
adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan,
negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab masing-masing. Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses
pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang
besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan
masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
6.
Lampiran
No comments:
Post a Comment