Dalam bab ini menceritakan tentang peranan pihak kerajaan dan rakyat bersatu dalam memastikan orang melayu dan bumiputera dijaga dan terus terjamin. Ini dapat dilihat melalui pelbagai aspek seperti politik, pendidikan, ekonomi, sosial, dan budaya. Namun begitu, pihak kerajaan juga mahu memastikan ianya tidak menjejaskan hak kaum yang lain.
Sebagai contoh dari aspek politik adalah Mewujudkan kerjasama & penyatuan politik. Parti Melayu perlu mencari titik persamaan serta bekerjasama dalam melibatkan kepentingan Melayu & Bumiputera. Dari aspek ekonomi pula adalah dengan Meningkatkan pendapatan di bandar & luar bandar. Kerajaan memperluaskan program pertanian dengan bantuan kewangan bertujuan membantu industri kecil, petani dan nelayan. Kerajaan juga menggalakkan penglibatan Melayu dan Bumiputera dalam pemilikan saham dan juga dalam sektor perdagangan dan perindustrian.
Melalui aspek sosial pula adalah dengan Menguatkan perpaduan Melayu & Bumiputera. Pelbagai program kejiranan dilakukan dan setiap individu perlu bekerjasama membanteras aktiviti tidak sihat yang ada dalam masyarakat. Melalui sistem pendidikan, kerajaan juga berharap orang Melayu dapat mengubah taraf hidup daripada dibelenggu kemiskinan. Kerajaan berhasrat supaya dapat melahirkan lebih ramai orang Melayu yang menceburi bidang professional Dan semi professional seperti doktor, arkitek, akauntan dan peguam. Manakala dari aspek budaya pula, kerajaan berperanan bagi menerapkan kefahaman Islam yang syumul kepada masyarakat supaya berpegang kepada syariat Islam.
Islam juga memainkan peranan penting kerana ia dikaitkan dengan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Salah satunya adalah memastikan akidah orang Melayu tidak rosak dengan melarang orang Melayu murtad dan mahkamah sivil tidak boleh mencampuri urusan dibawah bidang mahkamah syariah.
No comments:
Post a Comment