Thursday, 22 December 2016

Video Projek : Memupuk Kerjasama Antara Kaum Dan Agama


Projek Laporan Memupuk Kerjasama Kaum & Agama













CTU 555
SEJARAH MALAYSIA

LAPORAN PROJEK : 
MEMUPUK KERJASAMA ANTARA AGAMA DAN KAUM



MUHAMMAD HARIZ BIN AHMAD AZHAR // 2015149961
UMAR ZUHDI BIN JAMBARI // 2016675364
MOHAMMAD AKMAL ALIF BIN MOHD NOR // 2015155359
MUHAMMAD FAEZ RIDHUAN BIN AHMAD ROSDI // 2015688408



LECTURER’S NAME : Ustz. MAHFUZAH BINTI MOHAMMED ZABIDI


1.      Pendahuluan

Perpaduan ialah satu proses yang menyatu padukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Terdapat pelbagai kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta terdapat juga pelbagai etnik seperti Iban, Kadazan, dan lain-lain. Di Malaysia juga terdapat pelbagai agama iaitu Islam, Buddha, Hindu dan lain-lain.

Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dilaksanakan untuk mencapai proses perpaduan antaranya dasar 1 Malaysia, dasar Rukun Negara dan lain-lain. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama antara agama dan kaum di perlukan untuk menjana kemajuan.


2.      Cabaran yang dihadapi.

Antara cabaran yang dihadapi di negara kita ialah kewujudan pelbagai aliran sekolah.
Melalui pelbagai aliran seklah yang telah diwujudkan, kaum-kaum seperti Melayu, India, dan Cina terpisah mengikut aliran sekolah masing-masing. Ini akan mengakibatkan perpecahan perpaduan antara kaum yang berada di Malaysia. Selain itu, cabaran yang dihadapi ialah terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kaum sendiri. Berdasarkan parti politik yang berbeza, setiap kaum hanya tertumpu kepada pemimpin dalam parti politik mereka masing-masing. Hal ini, telah menampakkan ketiadaan perpaduan yang wujud dalam kalangan masyarakt yang berada di Malaysia.

       Seterusnya cabaran yang dihadapi dalam Malaysia ialah kesan daripada penjajahan British. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh pihak British telah menyebabkan kaum-kaum di Malaysia telah diasingkan. Hal ini telah menyebabkan perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin berkurang. Disamping itu sikap individualistik dalam masyarakat juga menjadi cabaran utama yang telah dihadapi di negara ini. Sebilangan daripada kaum ada yang mementingkan diri sendiri serta tidak mahu bertoleransi dan berasimiliasi dengan kaum dan agama yang lain untuk menyatupadukan perpaduan kaum dan agama di Malaysia.

       Selain itu, penyalahgunaan media sosial juga menyebabkan timbulanya isu sensitiviti antara kaum.ini berpunca daripada kutuk-mengutuk antara agama dan kaum di dalam media sosial yang menyebabkan tercetusnya perbalahan antara kaum. Hal ini, telah membuat setiap kaum hilang kepercayaan terhadap kaum yang lain untuk mengeratkan perpaduan antara kaum.

3.      Faktor atau punca masalah perpaduan

Antara punca berlakunya masalah perpaduan kaum-kaum dan agama ialah dasar pecah dan perintah British. Hal ini dapat dilihat sebelum merdeka lagi kerana zaman itu Malaysia telah melalui keadaan ini yang telah membuatkan British telah bertapak sebagai kuasa penjajah. Dasar ini mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai kaum dan etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan British selama 170 tahun.

       Selain itu, faktor yang menjadi masalah kepada perpaduan adalah sistem pendidikan zaman British. Hal ini dapat dilihat apabila British telah cuba membahagikan setiap kaum mengikut sekolah yang menggunakan bahasa ibunda setiap kaum masing-masing. Melalui sistem pendidikan ini jelas dapat dilihat tiada perpaduan kaum yang wujud pada zaman pemerintahan British.

       Seterusnya, penubuhan parti politik juga menjadi faktor utama berlakunya masalah perpaduan kaum dan agama. Hal ini dapat dilihat apabila wujudnya pelbagai parti politik yang berasaskan kaum telah membuatkan perpaduan diantara kaum hilang sedikit demi sedikit. Disamping itu, isu perkauman antara kaum juga telah menjadi masalah untuk memupuk perpaduan diantara kaum. Sebagai contoh, sesetengah kaum hanya mementingkan bahasa, budaya, pendidikan dan agama mereka sendiri daripada mempelajari sesuatu yang baharu daripada kaum yang lain.


4.      Langkah mengekalkan perpaduan

Antara langkah yang telah dilakukan untuk mengekalkan perpaduan antara kaum dan agama ialah kerajaan telah melaksanakan kempen-kempen yang berteraskan integrasi untuk memupuk perpaduan kaum. Sebagai contoh, kerajaan telah mengadakan konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 2 April 2009. Gagasan ini merupakan satu idea untuk menyatupadukan bangsa tanpa mengira kepelbagaian kaum, agama dan kebudayaan.

       Selain itu, program gotong-royong bersama juga perlu dilaksanakan bagi memupuk semangat perpaduan antara kaum. Hal ini dapat mengukuhkan lagi, semangat perpaduan diantara kaum apabila mereka bekerjasama dalam bergotong-royong. Ini juga dapat mengertakan lagi hubungan diantara kaum bila melakukan kerjasama dalam bergotong-royong.

       Seterusnya, mengadakan  rumah terbuka juga dapat mengeratkan hubungan perpaduan diantara kaum. Dengan adanya rumah terbuka, kaum-kaum lain dijemput hadir bersama bagi meraikan rumah terbuka uang telah diadakan. Bukan sahaja rumah terbuka yang perlu diadakan, tetapi sambutan perayaan juga diperlukan untuk menjemput kaum-kaum dan agama yang lain bagi meraikan perayaan kaum itu sendiri. Dengan ini setiap kaum yang hadir ke sambutan perayaan dapat mengenali perayaan, budaya, agama dan adat istiadat yang diamalkan didalam kaum itu sendiri.

       Disamping itu, sebagai seorang rakyat, kita seharusnya mengelakkan diri kita daripada berperangsangka yang tidak baik kepada bangsa lain. Kita perlulah mempunyai sikap yang sentiasa berfikiran terbuka dan tidak membezakan diri kita dengan kaum lain.Kita juga tidak patut mengajar anak-anak kita bersikap perkauman dan diskriminasi dengan kawan-kawan mereka. Kita seharusnya melentur  kanak-kanak dengan sifat yang baik kerana merekalah yang bakal memimpin Negara ini pada masa hadapan.


5.      Kesimpulan

Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan kaum dan agama adalah amat penting bagi negara kita serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.


6.      Lampiran




Saturday, 17 December 2016

Bab 7 Strategi Survival Melayu & Bumiputera

     Dalam bab ini menceritakan tentang peranan pihak kerajaan dan rakyat bersatu dalam memastikan orang melayu dan bumiputera dijaga dan terus terjamin. Ini dapat dilihat melalui pelbagai aspek seperti politik, pendidikan, ekonomi, sosial, dan budaya. Namun begitu, pihak kerajaan juga mahu memastikan ianya tidak menjejaskan hak kaum yang lain.

     Sebagai contoh dari aspek politik adalah Mewujudkan kerjasama & penyatuan politik. Parti Melayu perlu mencari titik persamaan serta bekerjasama dalam melibatkan kepentingan Melayu & Bumiputera. Dari aspek ekonomi pula adalah dengan Meningkatkan pendapatan di bandar & luar bandar. Kerajaan memperluaskan program pertanian dengan bantuan kewangan bertujuan membantu industri kecil, petani dan nelayan. Kerajaan juga menggalakkan penglibatan Melayu dan Bumiputera dalam pemilikan saham dan juga dalam sektor perdagangan dan perindustrian.

     Melalui aspek sosial pula adalah dengan Menguatkan perpaduan Melayu & Bumiputera. Pelbagai program kejiranan dilakukan dan setiap individu perlu bekerjasama membanteras aktiviti tidak sihat yang ada dalam masyarakat. Melalui sistem pendidikan, kerajaan juga berharap orang Melayu dapat mengubah taraf hidup daripada dibelenggu kemiskinan. Kerajaan berhasrat supaya dapat melahirkan lebih ramai orang Melayu yang menceburi bidang professional Dan semi professional seperti doktor, arkitek, akauntan dan peguam. Manakala dari aspek budaya pula, kerajaan berperanan bagi menerapkan kefahaman Islam yang syumul kepada masyarakat supaya berpegang kepada syariat Islam.

     Islam juga memainkan peranan penting kerana ia dikaitkan dengan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Salah satunya adalah memastikan akidah orang Melayu tidak rosak dengan melarang orang Melayu murtad dan mahkamah sivil tidak boleh mencampuri urusan dibawah bidang mahkamah syariah.

Saturday, 3 December 2016

Bab 5 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

     Dalam bab ini menceritakan tentang pelbagai ragam dalam dunia politik Di Malaysia. Sesebuah parti politik sudah tentu tidak akan berjaya tanpa usaha dan kerjasama dengan yang lain. Buat permulaan semasa diambang kemerdekaan, banyak parti-parti politik bekerjasama dalam menuntut kemerdekaan pada pihak British. Ini menjadikan asas bagi Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan kemerdekaan.

     Sistem politik dalam Islam pula adalah kesinambungan daripada tugas Rasulullah iaitu sebagai ketua negara Islam. Asas politik Islam adalah akidah, syariah & akhlak. Ini menjadi sumber kekuatan dan keutuhan sesebuah pemerintah Islam.

     Setiap pemerintah telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan amanah dan ianya akan dipersoal oleh Allah di hari Akhirat tentang amanah yang diberikan. Sumber politik Islam pula adalah Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma' & Qiyas. Al-Quran telah menggariskan segala prinsip & dasar pemerintahan dari mula pembentukan negara manakala Al-Sunnah pula ialah segala yang datang daripada Rasulullah  sama ada perkataan, perbuatan Dan pengakuan yang wajib dipatuhi.